Thursday, November 11, 2010

Expidisi Kelong Acheh



Perjalanan menaiki bot ke kelong





Pemandangan kelong Acheh




awak - awak dondang



Sampai aje kat kelong ... tak sabar sabar terus campak joran




hasilnya woi... kerapu



Anak pari pun ada



Hai.. kerapu lagi




Jadilah wakkk janji ikan




Hai.. cikgu Jak dok siang ikan tu




Akhirnya yum....yum....yumm hoi sedapnya, maklumlah ikan fresh katakan



tempat tidur pun ada...

KOD AMALAN BEKERJA SELAMAT DI RUANG TERKURUNG



Confine Space

PENDAHULUAN

Bekerja di ruang terkurung merupakan satu aktiviti yang boleh menyebabkan seseorang
terdedah kepada suasana yang amat merbahaya yang boleh memudaratkan malahan
juga boleh menyebabkan kematian. Statistik menunjukkan berlaku banyak kemalangan
maut kepada pekerja ketika bekerja di ruang seperti di dalam silo, 'hopper', pengandung
tekanan atau tangki, sistem pembentungan atau perparitan (trench) sistem telekomunikasi
dan lain-lain lagi. Semua pekerja yang meninggal dunia adalah disebabkan terhidu gas
beracun atau disebabkan oleh sesak nafas kerana kekurangan oksigen.
Siasatan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah
mendapati bahawa kebanyakan kemalangan yang berlaku di ruang terkurung biasanya
disebabkan kegagalan pihak majikan menyedia dan melaksanakan sistem kerja dalam
ruang tersebut. Antara sebab lain ialah kurangnya koordinasi dan kawalan bagi berbagai
aktiviti yang dijalankan di temp at kerja yang akan menyebabkan kerja untuk sesuatu
aktiviti boleh memberi kesan kepada aktiviti lain yang dijalankan serentak. Sebagai
contoh, kerja dalam ruang terkurung akan menjadi bahaya sekiranya kerja senggaraan
sistem paip yang mengandungi bahan mudah terbakar ke ruang tersebut dijalankan
serentak tanpa adanya koordinasi dan kawalan.
Selain daripada itu, JKKP juga mendapati punca utama kemalangan tersebut ialah apabila
berlakunya kerja yang melibatkan 'Sub-contracting' dimana sub atau sub-sub kontraktor
yang dilantik untuk menjalankan kerja langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang
bahaya di ruang terkurung dan tidak menyediakan prosedur kerja selamat serta peralatan
yang sesuai dan mencukupi.
Menyedari hakikat ini, JKKP telah menyediakan satu garis panduan bagi kerja di ruang
terkurung pada tahun 1998 lagi. Garis panduan tersebut diperbaiki supaya menjadi kod
amalan yang lebih kemas supaya boleh memberi panduan yang praktikal kepada semua
kemalangan. Kod amalan ini memberi maklumat terperinci berkenaan dengan perumusan
program keselamatan sewaktu bekerja di ruang ruang terkurung, termasuk penerangan
berkenaan permit untuk bekerja, latihan yang diperlukan, prosedur menyelamat dan
tanggungjawab orang-orang tertentu seperti kontraktor dan penyelia serta langkahlangkah
kawalan yang perlu diambil.
Saya yakin kemalangan di ruang terkurung boleh dielakkan sekiranya majikan lebih
komited dengan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan menyediakan sistem
kerja yang selamat. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru kepada semua majikan
yang melibatkanpekerja mereka bekerja dalam ruang terkurung supaya menjadikan
kod amalan ini sebagai panduan untuk mewujudkan satu sistem kerja selamat selaras
dengan tanggungjawab majikan terhadap pekerja seperti yang termaktub di bawah Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah
kewajipan am majikan untuk mengadakan dan menyelenggarakan sistem kerja yang
selamat dan tanpa risiko kesihatan bagi semua jenis kerja yang dilakukan dipremis
mereka.
Adalah diharapkan dengan kod amalan ini akan meningkatkan kesedaran pihak majikan
dan pekerja tentang risiko bekerja di ruang terkurung bagi memudahkan mereka
mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan yang dibuat
di bawahnya bagi mewujudkan satu tempat bekerja yang sihat dan selamat

Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan
Malaysia

I KANDUNGAN
Muka surat
1. Skop Pemakaian
2. Daftar Istilah
3. Keperluan Am
4. Program Ruang Terkurung
5. Sistem Permit
6. Permit Untuk Bekerja
7. Keperluan Pengasingan
8. Keperluan Untuk Memastikan Keselamatan Udara Atmosfera
9. Latihan
10. Keperluan Kesihatan Untuk Orang Yang Bekerja Di Ruang Terkurung
11. Tugas Majikan
12. Tanggungjawab Kontraktor
13. Tanggungjawab Penyelia Kemasukan
14. Tugas Pemeriksa Gas Bertauliah (AGT)
15. Tugas Orang Menjaga
16. Tugas Orang Yang Dibenarkan Masuk
17. Perkhidmatan Menyelamat dan Kecemasan
18. Langkah Berjaga-jaga Tambahan Semasa
Berada Di Dalam Ruang Terkurung
19. Penyimpanan Rekod

RUJUKAN

LAMPIRAN A
Cadangan Tambahan Untuk Melancarkan Kerja Panas Di Dalam
Ruang Terkurung

LAMPIRAN B
Contoh Borang Permit Untuk Memasuki Ruang Terkurung

LAMPIRAN C
Cadangan Tambahan Untuk Menjalankan Kerja-kerja Pembersihan
Di Ruang Terkurung

LAMPI RAN D
Prosedur Untuk Ujian Atmosfera

1.0 SKOP PEMAKAIAN

1.1 Kod Amalan ini bertujuan untuk merangkumi amalan kerja selamat dan
prosedur untuk melindungi pekerja di temp at k~rja daripada hazad semasa
memasuki dan bekerja di dalam ruang terkurung. Kod amalan ini terpakai
bagi semua orang yang mengurus dan memasuki ruang terkurung, tetapi tidak
meliputi kerja-kerja melombong atau bekerja di dalam ruang yang mana
tekanannya selain daripada tekanan atmosfera.
1.2 Berikut adalah be~erapa sebab untuk memasuki ruang terkurung :
a) Mencuci, contohnya untuk mengeluarkan keladak dan berbagai bahan
buangan yang lain;
b)Pemeriksaan, contohnya membuat pemeriksaan keadaan fizikal peralatan
proses;
c) Penyelenggaraan, contohnya pembagasan abrasif dan melapis bahan
pelindung karat;
d) Membaiki, termasuk mengimpal dan menyelaras peralatan mekanikal ;
e) Menyelamat pekerja yang tercedera atau pengsan di dalam ruang
terkurung ; dan
f) Menjalankan dan membuat kerja-kerja pembinaan.

1.3 Bagi maksud kod amalan ini, apabila bahagian atas badan seseorang dan/atau
kepalanya berada di dalam ruang terkurung ia dianggap telah memasuki ruang
 terkurung. Contoh-contoh ruang terkm:ungadalah seperti berikut :
a) - Tangki penyimpan, tangki di atas lori, dandang, silo dan lain-lain bekas
tangki yang selalunya mempunyai lubang orang untuk memasukinya;
b) Ruang yang terbuka di bahagianatas yang melebihi sedalam 1.5 meter
seperti lubang atau liang yang tidak mendapat pengaliran udara
semulajadi yang mencukupi ;
c)Paip, longkang kumbahan bawah tanah, terowong, liang dan lain-lain
struktur sepertinya ; dan
d) Sebarang ruang diatas kapal yang boleh dimasuki melalui lubang yang
kecil seperti tangki kargo, tangki minyak dan sebagainya.

2. DAFTAR ISTILAH
Keadaan yangdibenarkan masuk ertinya keadaan yang mesti ada di dalam ruang
terkurung bagi membolehkan orang/pekerja mas uk ke ruang terkurung dan
memastikan pekerja yang terlibat dalam memasuki ruang terkurung boleh
memasukinya dan bekerja di dalamnya dengan selamat.
Orang yang dibenarkan masuk ertinya pekerja yang (di benarkan oleh majikannya
memasuki ruang terkurung).
Penguji Gas Bertauliah ertinya orang yang berkebolehan bertauliah secara bertulis
oleh majikan atau pemunya untuk menjalankan ujian atmosfera.

Ruang terkurung ertinya ruang yang; . bukan bertujuan untuk tempat bekelja biasa (iaitu bekerja berterusan);
mempunyai laluan masuk dan keluar yang terhad atau sempit; ..
cukup luas bagi membolehkan seluruh anggota badan pekelja masuk
dan menjalankan kerja yang diarahkan; dan
berada pada tekanan atmosfera semasa di masuki. .
Sebagai tambahan, ruang ini juga mempunyai salah satu daripadaciri-ciri berikut:-
i) Ia mengandungi atau boleh mengandungi atmosfera yang berbahaya;
ii) Ia mengandungi bahan (pepejal atau cecair) yang boleh melitupi orang
di dalamnya;
iii)Konfigurasi di dalamnya yang boleh menyebabkan pekerja terperangkap .
atau lemas kerana dinding yang menirus atau lantai yang melereng ke
bawah dan menjadikan ruang lebih kecil; atau
iv) Ia mengandungi lain-lain hazad keselamatan atau kesihatan yang serius
yang boleh di~enalpasti seperti kipaspemutar.
Program Ruang Terkurung ertinya program keseluruhan yang disediakan oleh
majikan untukmengawal dan juga sesuai untuk melindungi pekerjanya dari hazad
ruang terkurung dan untukmengawasi dan mengawal pekerja yang mas uk ke dalam
ruang terkurung;
Kontaminan ertinya sebarang habuk, wasap, wap, gas atau lain-lain bahan yang
boleh membahayakan kesihatan;
Melitupi (Engulfment) ertinyakeadaan dimana seseorang dise1ubungi atau
terperangkap oleh cecair atau pepejal halus yang apabila disedut melalui pernafasan
boleh menyebabkan maut dengan menyumbat saluran pernafasan dan juga boleh
. menghempap, mencerut dan mencekek yang boleh menyebabkan kematian;
Penyelia Kemasukan ertinya orang yang dilantik oleh majikan dan
dipertanggungjawabkan untuk menentukan samada syarat-syarat kemasukan telah
sedia ada di ruang terkurung yang dicadangkan, untuk kemasukan yang dibenarkan
dan pengawasan dan memberhentikan operasi masuk ke ruang terkurung ;
Julat Letupan (Mudah Terbakar) ertinya julat campuran wap-udara atau gasudara
yang mudah terbakar diantara Had Rendah Letupan (LEL) dan Had Tinggi
Letupan (DEL).
Pengaliran Udara Paksa ertinya menggunakan peralatan mekanikal seperti kipas
atau penggerak udara (venturi) untuk menghasilkan atmosfera yang selamat didalam
ruang terkurung.
Atmosfera Berbahaya ertinya atmosfera yang boleh mendedahkan pekeIja kepada
risiko maut, hilang upaya dan gagal untuk menyelamatkan diri, cedera atau
berpenyakit atau disebabkan oleh satu atau lebihsebab-sebab berikut :-
i) Kandungan oksigen kurang daripada 19.5% atau lebih daripada 23.5%
(di paras laut);
ii)Pengumpulan gas mudah terbakar atau mudahmeletup melebihi 10%
daripada LEL nya;
iii) Pengumpulan gas toksik bersamaan atau melebihi Had Pendedahan yang
dibenarkan;
iv)Sebarang keadaan atmosfera yang amat berbahaya kepada nyawa dan
kesihatan.
Kerja Panas ertinya mengimpal, memotong dengan menggunakan oksigen,
memanas dan operasi lain yang boleh mengeluarkan api atau bunga api ;
Had Rendah Letupan (LEL) ertinya kepekatan minima gas dalam udara yang
perlu ada sebelum ia boleh meletup apabila terkena punca pembakaran ;
Sistem Permit ertinya prosedur bertulis yang dikeluarkan oleh majikan untuk
menyedia dan mengeluarkan permit untuk masuk dan mengembalikan ruang
terkurung setelah ditamatkan ;
Permit untuk bekerja ertinya dokumen bertulis atau bercetak yang disediakan
oleh majikan untuk mengawal kemasukan ke ruaJig terkurung ;
Keadaan Larangan ertinya sebarang keadaan di dalam ruang terkurung yang
tidak dibenarkan oleh permit pada masa kemasukan ruang terkurung dibenarkan ;
Purging ertinya cara yang digunakan untuk mengeluarkan kontaminan dari ruang
terkurung ;
Perkhidmatan Menyelamat ertinya kakitangan yang dilatih untuk menyelamatkan
orang dari ruang terkurung ;
Orang Menjaga bermaksud individu satu atau lebih yang ditempatkan di luar (orang
yang dibenarkan) ruang terkurung untuk memantau kemasukan yang sah dan orang
yang menjalankan semua tugas-tugas orang menjaga yang dinyatakan di dalam
program ruang terkurung majikan terbabit; dan
"Had Atas Letupan (VEL)" bermaksud kepekatan maksimum gas yang berada di
dalam udara yang memungkinkan berlaku letupan.

3. KEPERLUAN AM
3.1 Majikan hendaklah rnenentukan sarna ada ternpat kerjanya ada mengandungi
ruang terkurung.
3.2 Jika tempat kerja tersebut rnengandungi ruang terkurung, majikan terbabit
hendaklah memaklumkan kepada pekerja-pekerjanya dan orang yang berkaitan
dengan memasang tanda bahaya atau sebarang cara yang sarna berkesan
tentang kewujudan dan lokasi ruang .terkurung dan hazad yang dihadapi
terutamanya bila kerja dija1ankan.
Tanda yang berbunyi "BAHAYA - RUANG TERKURUNG. DILARANG
MASUK" atau rnenggunakan lain-lain perkataan yang sarna rnaksud di dalarn
Bahasa Melayu dan Inggeris adalah rnencukupi
3.3 Jika rnajikan rnemutuskan bahawa pekerja-pekerjanya tidak boleh I?emasuki
ruang ierkurung, beliau hendaklah mengarnbillangkah-Iangkah-yang berkesan
untuk menghalang pekerja-pekerjanya atau orang lain daripada memasuki
ruang terkurung tersebut.
4. PROGRAMRUANGTERKURUNG
4.1 Majikan hendaklah rnenggubal satu program ruang terkurung jika terdapat
ruang terkurung dan kerja hendak dijalankan di dalamnya.
4.2 Program ruang terkurung tersebut hendaklah sekurang-kurangnya
mengandungi unsur-unsur berikut:-
(a) Mengenalpasti hazad. Identiti dan tahap setiap hazad di dalam setiap
ruang terkurung hendaklah dipastikan dan diperincikan.
(b) Kawalan hazad. Prosedur dan amalan yang perlu untuk kemasukan
dengan selamat ke dalam ruang terkurung hendaklah diwujudkan dan
diamalkan. la hendaklah mengandungi tetapi tidak terhad kepada,
perkara-perkara berikut :
. Penetapan syarat-syarat kebenaran kemasukan;
Pengasingan ruang terkurung;
Purging, inerting, flushing atau penyahudaraan ruang terkurung
yang perlu untuk menghapuskan atau menga~al hazad di dalam
atmosfera;
. Mengesahkan bahawa syarat-syarat kebenaran kemasukan yang
boleh dibenarkan di dalam ruang terkurung selama sesuatu kebenaran
masuk diberi - Ini boleh dilakukan dengan menguji atmosfera ruang
terkurung sebelum sebarang kemasukan dan setiap kali yang perlu
selama kebenaran operasi masuk ruang terkurung diberi.
(c) Orang yang menjaga-"Peruntukan"sekurang-kurangnya seorang orang.
yang menjaga berada di luar ruang terkurung di mana kebenaran
kemasukan diberi selama masa operasi kemasukan;
(d) Pemantauan beberapa ruang terkurung. Untuk pemantauan ruang
terkurung yang me1ebihi dari satu oleh seorang orang yang menjaga,
program hendaklah mengandungi cara dan prosedur yang
memungkinkan ruang terkurung orang menjaga itu untuk bertindak
kepada sebarang bentuk kecemasan yang melibatkan satu atau lebih ruang
terkurung yang dipantaunya tanpa mengganggu tanggungjawab beliau
di bawah kod tata amalan ini; -
(e) Sistem permit. Satu sistem bertulis untuk penyediaan, pengeluaran,
pelaksanaan dan pembatalan permit hendaklah digubal;
(f)Pemasangan tanda. Tanda-tanda amaran ruang terkurung hendaklah
dipasang di temp at-temp at yang perlu semasa kerja dijalankan atau
selepas permit kerja dikeluarkan;
(g) Latihan pekerja. Pekerja-pekerja yang terlibat dan akan memasuki ruang
terkurung, orang yang menjaga at au yang mengeluarkan permit
hendaklah menjalani latihan program ruang terkurung yang diluluskan
oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan;
Peralatan. Peralatan yang mencukupi seperti tersenarai di bawah
hendaklah dibekalkan:
. Peralatan menguji dan pemantauan;
Peralatan perlindungan diri setakat mana kawalan kejuruteraan dan
awalan yang munasabah kerja tidak mencukupi untuk melindungi
pekerja-pekerja;
.
. Peralatan pengudaraan untuk memenuhi syarat-syarat kemasukan;
Peralatan pencahayaan untuk membolehkan pekerja-,pekerja melihat
dengan jelas, bekerja dengan selamat dan keluar dengan cepat semasa
berlaku kecemasan;
.
0 Pengadang dan pelindung;
Peralatan seperti tangga untuk laluan selamat keluar dan masuk; ..
Peralatan kecemasan dan menyelamat; dan
Lain-lain peral~tan yang perlu untuk mas uk dengan selamat dan
kerja menyelamat dari ruang terkurung.
.
(i) Kaedah-kaedah komunikasi. Keperluan berkomunikasi mungkin
berbeza bergantung kepada jenis kerja yang dijalankan dan keadaan
temp at kerja. Di dalam kebanyakan keadaan peralatan komunikasi segera
seperti telefon, walkie talkie digalakkan. Terdapat keadaan di mana lainlain
kaedah komunikasi seperti percakapan mulut, isyarat tangan, cahaya
dan isyarat tali boleh digunakan;
(j)Perlindungan hazad luaran. Perlindungan .seperti pengadang fizikal
mesti dibekalkan untuk mengawal hazad berkemungkinan timbul oleh
pejalan kaki atau kenderaan;
(k) Pengenalpastian tanggungjawab. Pengagihan orang-orang yang
bertanggungjawab (contohnya kemasukan yang dibenarkan, orang yang
menjaga, penyelia kemasukan atau AGT) dalam operasi kemasukan dan
mengenalpasti tanggungjawab setiap pekerja berkenaan;
(I)Pemberitahuan kepada kontraktor-kontraktor. Majikan hendaklah
membekalkan kontraktor dengan semua maklumat mengenai hazad di
dalam ruang terkurung, peraturan keselamatan danprosedur kecemasan
(bahagian program tersebut yang perlu dikenalpasti oleh kontraktor untuk
mematuhi kod amalan ini).
(m) Kaedah perlindungan tambahan. Beberapa kaedah mungkin perlu
ditambah ke dalam program. Contohnya:
.Larangan menjalankan kerja panas bersebelahan kawasan terlibat;
.Larangan merokok dan lain jenis api di dalam ruang terkurung atau
kawasan berdekatan;
.Peruntukan cara berkomunikasi yang sesuai diantara orang di dalam
ruang terkurung ; dan
.Mengelakkan pencemaran udara untuk pernafasan dari operasi atau
puncadari luar ruang terkurung, contohnya asap dari injin
pembakaran dalam.
(n) Koordinasi operasi kemasukan yang melibatkan pekerja lebih daripada
satu kontraktor yang bekerja pada masa yang sarna. Prosedur hendaklah
diwujudkan dan dilaksanakan apabila pekerja-pekerja tersebut bekerja
pada masa yang sarna sebagai orang yang dibenarkan masuk ke dalam
ruang terkurung, supaya pekerja dari satu kontraktor tidak akan
membahayakan pekerja kontraktor lain;
 Penutup kemasukan. Prosedur adalah perlu untuk penutupan operasi
masuk ke ruang terkurung dan dilaksanakan.
4.3 MENGKAJI SEMULA PROGRAM RUANG TERKURUNG
Program ruang terkurung hendaklah dikaji semula apabila majikan
berpendapat bahawa kaedah yang digunakan dalam program ruang
terkurung mungkin tidak dapat melindungi pekerja-pekerja. Maka adalah
perlu mengkaji semula program tersebut bagi membetulkan segala
kekurangan sebelum memasuki ruang terkurung seterusnya
Majikan juga hendaklah mengkaji semula program prestasi menggunakan
permit yang telah dibatalkan dan disimpan di bawah kod amalan
ini selama satu tahun selepas setiap kemasukan dan mengkaji semula
program tersebut jika perlu untuk memastikan pekerja yang memasuki
ruang terkurung dilindungi daripada hazad ruang terkurung.
Majikan boleh membuat satu kajian semula yang menyeluruh untuk
merangkumi kerj a masuk ke RT yang dilakukan dalam tempoh 12 bulan.
Jika tiada kerja masuk sepanjang masa tersebut, pemeriksaan ulang tidak
perlu dilaksanakan. .
4.4 PROSEDUR KECEMASAN
Setiap prosedur kecemasan adalah berlainan kerana setiap prosedur kecemasan
itu digubal khas untuk jenis kecemasan atau kemalangan yang mungkin
berlaku. Walaubagaimanapun beberapa prinsip perlu dipatuhi untuk
mewujudkan prosedur kecemasan yang lengkap.
4.4.1 ALAT PENGGERA
Adalah menjadi amalan di kebanyakan temp at kerja dimana pekerja
boleh menghidupkan alat penggera sebagai langkah permulaan untuk
mengawal keadaan. Sistem alat penggera boleh dipelbagaikan dan
bergantung kepada keadaan tempat kerja.
Perlu disediakan beberapa tempat dimana alat penggera boleh
dibunyikan secara terus, melalui isyarat atau pesanan kepada suatu
tempat yang sentiasa ~da penjaga. Loceng perlu d~jaga seseorang yang
bertugas di mana boleh mengetahui situasi dan prosedur kecemasan. .
Di kawasan yang mempunyai kadar bunyi bising yang tinggi adalah
perlu di pasang lebih dari satu loceng pemancar atau lampu berkelipkelip.
Loceng automatik juga sesuai diletakkan di setengah tempat.
Isyarat kecemasan tersebut perlu menyedarkan orang yang menjaga,
supaya dapat menilai keadaan dan memulakan prosedur kecemasan
yang perlu.
4.4.2 TINDAKAN KECEMASAN
Tindakan kecemasan perlu diambil dimasa kecemasan termasuk
beberapa perkara yang telah dibuat dan diputuskan untuk mengurangkan
atau mengelakkan berlakunya kemalangan. Sebaiknya carta aliran atau
senarai semak tindakan kecemasan harus disediakan sebagai rujukan.
4.4.3 PENGOSONGAN, MENYELAMAT DAN PERTOLONGAN
CEMAS
Prosedur perlulah sekurang-kurangnya mengambil kira beberapa
perkara berikut :- . Pengosongan perlulah ke tempat perhimpunan yang telah
ditetapkan; .
-Penilaian mengikut tahap keselamatan tertentu; ..
Prosedur perlulah ada petugas yang mencatatkan semua pekerja
:yang tiba ke tempat berhimpun;
Pastikan semua pekerja hadir; ..
Mulakan mencari pekerja yang hilang atau tiada. Pastikan pencari
tersebut tidak mengalami keadaan berbahaya;
Mempunyai pasukan penyelamat yang aktif (Mesti mempunyai
peralatan yang mencukupi dan menggunakan alat keselamatan
yang sesuai); -'. -._--
Memberi pertolongan cemas kepada orang yang tercedera bagi
yang layak sahaja selepas dikeluarkan dari kawasan kemalangan;
. Seorang doktor hendaklah bersedia untuk menangani pelbagai
jenis kemalangan.
4.4.4 PROSEDUR MENYELAMAT
Prosedur kecemasan termasuk mempunyai kelengkapan peralatan
penyelamat, hendaklah diadakan dan lengkap. Persediaan hendaklah
mengambilkira perkara-perkara berikut :-- . Bentuk dan saiz ruang terkurung;
.. Maklumat tentang tugas yang hendak dilakukan;
Berkenaan rintangan berkaitan ruang terkurung serta saiz dan
kedudukan berkaitan dengan jalan masuk dan keluar dari ruang
terkurung;

.Bilangan pekerja yang masuk keadaan dan menunggu diluar ruang
terkurung untuk mengendalikan peralatan yang perlu untuk menjalankan
tugas dalam ruang terkurung, juga untuk memastikan
perhubungan yang baik dengan orang didalam ruang terkurung
dan juga pemerhatian keatas mereka supaya kerja-kerja
menyelamat dapat dilakukari bila 'perIu.
4.4.5PERHUBUNGAN/KOMUNIKASI
Perhubungan adalah satu faktor penting semasa menghadapi
kecemasan. Prosedur perhubungan perlu melibatkan penyelarasan dan
aliran maklumat didalam syarikat atau tempat bekerja dan pihak lain.
Adalah perlu seorang pegawai bertugas dilantik.
Perhubungan hendaklah diwujudkan dengan beberapa orang adalah
berikut :- - -
.
.. Pengurus tapak;
Penyelia Kemasukan; ..
.. lndi vidu yang membenarkan masuk;
Pasukan menyelamat; ..
.. Jabatan Penyetainat dan Bomba.
5.0 SISTEM PERMIT
5.1 Majikan perlu memastikan segala langkah-Iangkah yang dinyatakan di dalam
perenggan 4.2(b), Koda Amalan ini dipatuhi terlebih dahulu sebelum permit
dan kebenaran diberikan bagi memasuki sesuatu ruang terkurung.
5.2 Sebelum memasuki ruang terkurung, penyelia kemasukan yang dinyatakan
pada permit perlu menandatangani permit tersebut. Permit tidak boleh
dikeluarkan atau ditandatangani oleh penyelia yang akan menjalankan
penyeliaan kerja tersebut. -
5.3 Orang yang dibenarkan perlu memastikan bahawa permit yang lengkap perlu
siap tersedia sebelum memasuki ruang terkurung. Permit itu perlu diletakkan
di pintu masuk agar peserta dapat memastikan segala langkah-Iangkah
- keselamatan telah laksanakan.
5.4 Jangkamasa kegunaan permit itu perlu dinyatakan dan hendaklah tidak
melebihi masa yang ditetapkan bagi menyiapkan kerja-kerja tersebut. Perlu
dipastikan juga bahawa skop kerja yang tercatit di dalam permit itu tidak
berubah dan menetapi tujuannya.
5.5 Penyelia kemasukan boleh memansuhkan atau membatalkan sesuatu permit
itu sekiranya :
(a)sesuatu tugasan yang dinyatakan di dalam permit tersebut telah siap;
(b)keadaan atau sitllasi yang tidak membenarkan kerja-kerja diruang
terkurung itu dijalankan. Contohnya: ada hazad atau halangan dalam
melakukan kerja di ruang terkurung. Sekiranya terdapat sebarang masalah
yang berIaku perIu diambil perhatian dan dicatatkan di atas permit
tersebut agar perubahan boleh dibuat.

6.0 PERMIT UNTUK BEKERJA
6.1 Permit bagi menjalankan kerja di ruang terkurung adalah permit yang lltama.
6.2 Permit untllk bekerja di ruang terkurung yang perIu mematuhi Kod Amalan
ini llntuk membenarkan orang mas uk hendaklah mengandungi maklumatmaklllmat
berikut :
(a) Jenis serta lokasi ruang terkurung yang hendak dimasuki;
(b)Tujuan memasuki ruang terkurung;
(c)Tarikh dan tempoh sah permit tersebut dikeluarkan danjangkamasanya;
(d)Nama orang-orang yangdibenarkan masuk dan lain-lain maklumat yang
berkaitan dirinya agar orang menjaga dapat mengenalpasti siapa yang
berada di dalam ruang terkurung tersebut;
(e) Nama kakitangan yang membenarkan kemasukan ke dalam ruang
terkurung;
(f)Nama serta ruang untuk tandatangan pegawai yang membenarkan
kemasukan ke dalam ruang terkurung;
(g)Hazad atau hazad-hazad yang terdapat dalam ruang tersebut;
(h)Langkah-Iangkah yang telah di ambil untuk mengasingkan ruang
terkurung tersebut serta langkah-Iangkah keselamatan untuk mengawal
serta menghapuskan hazad-hazad tersebut sebelum kemasukan bermula;
(i)Langkah-Iangkah ini termasuk 'lock-out' atau melabelkan peralat~I.!~
peralatan serta prosedur untuk menyingkirkan gas-gas bahayalberacun
atau pengudaraan di dalam ruang terkurung;
Keadaan yang boleh diterima atau piawai yang boleh diterima sebelum
memasuki ruang terkurung. (Rujuk ker~ada Peraturan-Peraturan
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard
Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan ) 2000 untuk
mendapatkan senarai bagi kadar yang dibenarkan;
G) Keputusan bagi pemeriksaan awalan "dan pemeriksaan berkala yang
dijalankan serta nama dan tandatangan semua AGT dan seterusnya,
menyatakan apa jenis ujian yang dijalankan;
...
(k) Prosedur Perhubungan yang digunakan oleh orang yang dibenarkan
masuk serta orang menjaga bagi memastikan sistem komunikasi
dikekalkan sepanjang menjalankan kerja di ruang terkurung.
(1)Peralatan, seperti perala tan pelindung diri, peralatan ujian, alat-alat
perhubungan hendaklah dibekalkan.

(m) Lain-lain maklumat yang perlu bagi bekerja di wang terkurung bagi
mempastikan keselamatan pekerja tersebut.
(n) Lain-lain permit tambahan, sebagai contoh permit bagi menjalankan
kerja-kerja kimpalan di ruang terkurung. Bagi maklumat lanjut untuk
kerja kimpalan ini, sila rujuk pada Lampiran A.
Lampiran B menunjukkan contoh bagi suatu permit kerja.
7.0 KEPERLUAN PENGASINGAN
7.1 Pengasingan penyaluran bahan yang mas uk ke ruang terkurung adalah perlu
bergantung kepada keadaan ruang serta jenis bahan yang masuk atau
pergerakan jentera. Kemasukan bahan dengan tidak sengaja boleh juga
mewujudkan hazad-hazad.
7.2 Langkah-langkah positifberikut perlu diambil oleh majikan bagi memastikan
hazad dapat dicegah :
7.3
(a) menghalang kemasukan bahan berbahaya ke dalam ruang terkurung,
contohnya melalui alat-alat sepe.rti.sistem paip, sistem penyaluran, paippaip
bagi kemudahan atau alat -alat pencegah kebakaran
Penyahcas dan 'lock-out' atau penyahcas :dan 'tag-out', atau keduaduanya
sekalijentera-jentera (Contohnya seperti 'mixer', pengaduk atau
lain-lain peralatan yang berputar ) sebelum digunakan di dalam ruang
terkurung
(b)lni memerlukan pengasingan tambahan, samada dengan menghadang
ataumenyahcaskan jentera-jentera tersebut terlebih dahulu sebeium
digunakan ba:§\menghalang dari ia mengeluarkan cas-cas atau tenaga tenaga
yang tersimpan (Charge spring);
(c) Pengasingan segala jenis punca tenaga samada dari luaran tetapi masih
boleh mempengaruhi ruang terkurung, contohnya bahan panas atau sejuk.
Kaedah-kaedah Pengasingan Dari Bahan-bahan Berbahaya
Ruang tertutup mestilah diasingkan terlebih dahulu sebelum sesiapa
dibenarkan masuk. Kaedah pengasingan hendaklah menurut salah satu
daripada kaedah yang dihuraikan di bawah at au satu kaedah lain yang boleh
memastikan keselamatan yang setara dengannya :
(a) Penanggalan injap, gelendung,atau sambungan pengembangan pada paip
yang menuju kepada, dan seberapa dekat dengan ruang tertutup. dan
(b)menutup penghujung paip yang terbuka yang menuju ke ruang tertutup.
Penutup mestilah ditanda bagi mengenalpasti tujuannya. Bahan yang
digunakan sebagai penutup mestilah bersesuaian dengan cecair, wap atau
gas yang bersentuhan dengannya. Bahannya mestilah mempunyai
kekuatan yang secukupnya untuk menahan tekanan kerja maksima,
termasuk hentaman tekanan yang mend adak yang dihasilkan di dalam
paip.
Memasukkan bilah yang menahan tekanan sepenuhnya di antara bebibir
paip yang berhampiran dengan ruang terkurung.
Apabila mana-mana kaedah yang dijelaskan di (a) atau (b) tidak boleh
diamalkan, pemencilan melalui kaedah tutup dan kunci, atau tutup dan
tanda, atau kedua-duanya pada sekurang-kurangnya dua injap pada
saluran paip yang menuju ke ruang terkurung. Di mana boleh diamalkan,
injap saluran di antara ke dua-dua injap mesti dikunci pada kedudukan
terbuka atau ditanda pada kedudukan terbuka kepada udara sebagai
sebahagian daripada kaedah ini.
7.4 Kaedah-kaedah Pengasingan Dari Bahagian.Bergerak
(c)Sebelum dibenarkan masuk ke dalam ruang terkurung di mana ia boleh
bergerak, atau terdapat pemutar, kipas atau bahagian-bahagian yang bergerak
yang berpotensi mendatangkan hazad kepada seseorang, kemungkinan untuk
bergerak mestilah dicegah melalui kaedah-kaedah yang sesuai di bawah atau
melalui kaedah lain yang menawarkan keselamatan yang setara dengannya.
Di mana boleh diamalkan, peralatan yang menyimpan tenaga termasuk
hidraulik, numatik, elektrik, kimia,mekanikal, habaatau lain-lain tenaga, mesti
. dikimingkan sehingga ke tahap keadaan tenaga yang kosong.
(a) orang atau orang yang dibenarkan memasuki ruang tertutup mesti
meletakkan kunci atau tanda, atau kedua-duanya pada pemutus' litar
terbuka atau suis pemencil yang membekal tenaga elektrik kepada
peralatan yang mempunyai hazad bahagian yang bergerak, bagi
memaklumkan terdapat orang di dalam ruang terkurung dan pemencilan
tersebut tidak boleh dialihkan sehingga kesemua orang telah keluar dari
ruang terkurung. Apabila kunci digunakan, kunci tersebut mesti disimpan
di dalam penjagaan orang yang masuk atau orang yang dibenarkan.
Dimana punca kuasa tidak boleh dikawal secara berk-esan, talisawat atau
lain-lain sambungan mekanikal mestilah diputuskan dan ditandakan bagi
memaklumkan bahawa terdapat orang di dalam ruang terkurung dan
talisawat atau sambungan tersebut mestilah tidak disambungkan sehingga
kesemua orang telah keluar dari ruang terkurung.
(b)
(c) Dimana (a) dan (b) tidak dapat diamalkan, komponen-komponen yang
bergerak mestilah dihalang, dan suis, klac atau lain-lain kawalan mestilah
ditanda bagi memaklumkan bahawa terdapat orang di dalam ruang
terkurung dan halangan serta tanda tersebut mestilah tidak boleh
dialihkan sehingga kesemua orang telah keluar dari ruang terkurung.
Dimana terdapat lebih daripada seorang perlu bekerja diruang terkurung,
satu sistem mestilah dibangunkan supaya alat yang diasingkan dikunci
atau ditanda atau kedua-duanya oleh setiap orang yang masuk kedalam
ruang terkurung.
7.5 Membuka alat pengasingan.
Hendaklah diujudkan satu sistem bagi memastikan kunci, tanda, penutup atau
faktor pelindung lain hanya boleh dibuka oleh orang yang memasangnya.
8.0 KEPERLUAN UNTUK MEMASTIKAN KESELAMATAN UDARA
ATMOSFERA
8.1 Tiada sesiapa pun dibenarkan memasuki ruang terkurung sehingga ruang
terkurung tersebut bebas dari sebarang bahaya. Langkah berjaga-jaga mestilah
diambil untuk mewujudkan dan mengekalkan satu atmosfera yang selamat di
dalam ruang terkurung, sepanjang masa dihuni.
8.2 Langkah berjaga-jaga/tindakan, mestilah dilaksanakan bagi mewujudkan dan
mengekalkan atmosfera udara yang selamat untuk pernafasan di dalam ruang
terkurung. Langkah-langkah berikut mestilah diambil:
(a)Pembersihan Awal;
(b) Purging;
(c)Ujian dan Penilaian ke atas ruang udara dalam ruang terkurung;
(d)Ujian semula dan/atau pemantauan; dan
(e)Pengalihan Udara
Jika langkah berjaga-jaga di atas tidak diambil, tiada sebarang
kemasukan dibenarkan
8.2 Pembersihan Awal
Di mana bolehdiamalkan, semua cecair dan pepejal, yang dijangkakan boleh
mendatangkan bahaya kepada mereka yang berada di dalam ruang terkurung,
mestilah dikeluarkan dari ruang terkurung sebelum kemasukan mereka itu.
Un~uk maklumat tambahan berkenaan pembersihan, sila rujuk Lampiran C.
.. Proses pembersihan dan kaedah digunakan mungkin perlu diadaptasi
untuk memenuhi setiap kehendak dalam keadaan yang berlainan;
Bahan yang berpotensi untuk membahayakan mungkin terperangkap
dalam enap-cemar atau mendapan lain, batu-bata atau di celah lapisan
yang longgar, dalam perangkap cecair, atau dalam lekapan peralatan,
dan mungkin boleh dilepaskan apabila, contohnya, ia diganggu atau
apabila suhu meningkat. Begitu juga, bahan sedemikian boleh tersangkut
di celah sambungan di dalam pengandung atau di dalam lengkuk paip
penyambung atau tempat-tempat lain di mana pembuangan adalah sukar;
"
8.4 Purging
8.5
(a) Apabila perlu, ruang terkurung hendaklah dibebaskan dari bahan
pencemaran dengan menggunakan agen purging yang sesuai.
Perhatian perlu diberikan semasa proses purging ruang terkurung untuk
mengelakkan keruntuhan penutup disebabkan perbezaan tekanan.
(b) Apabila bahan cemar yang mudah terbakar perlu disingkirkan, peralatan
untuk purging dan pengalihan udara yang direkabentuk untuk kegunaan
di temp at berberbahya mestilah digunakan dan langkah berjaga-jaga
diambil untuk menghapuskan semua punca pembakaran, termasuk
menyahcas elektrik statik.
Kaedah digunakan mestilah memastikan bahawa sebarang bahan cemar
yang dibuang dari ruang terkurung di lepaskan ke kawasan di mana tidak
mendatangkan sebarang bahaya kepada orang atau peralatan.
(c)
Ujian dan Penilaian Ruang Terkurung
8.5.1 Apabila operasi kemasukan dijalankan, penilaian keadaan ruang
terkurung hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
(a) Pemeriksaan pra-kemasukan;
(i) Uji keadaan ruang terkurung untuk memastikan wujudnya
kc~adaan boleh terima kemasukan sebelum kemasukan
dibenarkan, kecuali, jika penyisihan ruang adalah tidak
sesuai oleh sebab ruang terlalu luas atau ruang adalah
sebahagian da~i ~istem yang berterusan seperti terowong
kumbahan, ujian pra-kemasukan mestilah dijalankan setakat
mana yang sesuai sebelum kemasukan dibenarkan;
Ruang udara mestilah diuji oleh Penguji Gas Bertauliah
(AGT);
(ii)
(iii) Apabila menguji bahaya ruang udara, ujian pertama adalah
untuk mengesan oksigen, gas dan wap mudah terbakar serta
gas dan wap beracun;
(iv) Ujian dan penilaianruang udara serta pemerhatian ke atas
bahaya lain mestilah dijalankan dari luar ruang terkurung,
sebelum"sebarang kemasukan berlakl1. Keputusan ujian dan
penilaian hendaklah direkod di atas permit kebenaran
bekerja (work permit);
(v) Ujian dan penilaian keatas ruang yang lebih terpencil
bolehlah dijalankan setelah ruang berdekatan tempat masuk
ke ruang terkurung tersebut dipastikan selamat.
Penilaian ke atas ruang terpencil ini mungkin perlu dibuat oleh
mereka yang memakai alat pelindung pernafasan berbekal udara
(supplied-air respiratory protective equipment)
(b) Semasa Kemasukan
(vi) Apabila kemasukan dibenarkan, keadaan kawasan dimana
pekerja dibenarkan bekerja mestilah dipantau berterusan.
Uji dan nilai ruang tersebut sewajamya untuk memastikan
keadaan boleh terima kemasukan dikekalkan selagi
kemasukan diperlukan;
(vii) Nilai samada terdapat bahaya dari atmosfera yang berbahaya
dan keadaan suhu lampau;
(viii) Jika semasa kemasukan atau semasa bekerja di ruang
terkurung, atmosfera berbahaya dikesan;
(a)
(b)
Semua pekerja m-estilah meninggalkan ruang tersebut
dengan serta-merta;
Ruang tersebut mestilah dinilai semula untuk
memastikan bagaimana atmosfera berbahaya tersebut
boleh wujud;
Langkah-Iangkah mestilah diambil untuk melindungi
pekerja dari atmosfera berbahaya tersebut sebelum
kemasukan seterusnya dibenarkan.
8.5.2 Atmosfera mestilah pertama kali diuji oleh Penguji Gas Bertauliah
. (AGT) dan seterusnya pemantauan berterusan boleh dijalankan oleh
pekerja yang telah mendapat kebenaran untuk memasuki ruang
terkurung tersebut.
(c)
. - Ujian -se-muladianggap perlu kerana gas -berb':lhaya berkemungkinan
dilepaskan secara perlahan disebabkan gangguan secara
sengaja atau tidak sengaja terhadap bahan enap-cemar atau bahanbahan
lain yang telah memerangkap/menyerap/meresap bahan
pencemaran tersebut
Lampiran D menunjukkan contoh tatacara menguji ruang udara. .
8.5.3 Adalah mustahak untuk memastikanbahawa alat-alat yang digunakan
adalah
(i)
(ii)
alat yang mempunyai hacaan terus dan telah ditentukur;
sesuai untuk mengukur kewujudan gas yang perlu diuji;
Ses,etengah alat, umpamanya oksigen meter, adalah khusus
digunakan untuk mengukur kewujudan oksigen sahaja. Alat
tersebut tidak boleh digunakan untuk mengesan kewujudan
sebarang gas mudah terbakar atau gas beracun. Walaubagaimana
pun terdapat beberapa alat terkini yang berupayauntuk mengukur
tahap kewujudan oksigen, bahan mudah terbakar dan bahan
beracun secara serentak.
8.6 Pengalihan Udara
8.6.1 Pengalihan udara mestilah disediakan secara berterusan sepanjang masa
kemasukan ke dalam ruang terkurung diperlukan. Pengalihan udara
paksaan berterusan mestilah digunakan seperti berikut:
(a) Mana-mana pekerja tidak dibenarkan memasuki ruang terkurung
sehingga pengalihan udara paksaan telah menghapuskan
atmosfera berbahaya;
(b) Pengalihan udara paksaan mestilah dihalakan sewajarnya untuk
mengalih udara di ruang di mana pekerja berada atau akan berada
dan mestilah berterusan sehingga pekerja meninggalkan ruang
tersebut;
(c) Udara yang dibekalkan untuk pengalihan udara paksaan mestilah
dari punca yang bersih dan bebas dari sebarang pencemaran dan
tidak meningkatkan hazad dalam ruang tersebut.
(d) Ruang udara di dalam ruang terkurung tersebut mestilah diuji
sewajamya secara berkala untuk menentukan bahawa pengalihan
udara paksaan berterusan menghalang terjadinya ruang udara
berbahaya.
(e) Ekzos dari sebarang peralatan mestilah dihalakanjauh dari tempat
mas uk ruang terkurung atau temp at masuk kipas pengudaraan.
8.6.2 Dalam keadaan di mana penyenggaran terhadap persekitaran kerja
selamat dalam ruang terkurung adalah bergantung kepada alat
pengalihan udara mekanikal seperti kipas, alat pengalihan udara
tersebut mestilah
dipantau berterusan semasa ruang terkurung tersebut dihuni; dan -
mempunyai alat kawalan (termasuk bekalan kuasa terpencil) yang
ditentukan dan ditanda dengan jelas untuk menghindari dari
sebarang gangguan yang tidak dibenarkan.
8.6.3 Kemudahan ekzos mestilah diatur sedemikian rupa untuk memastikan
sebarang udara yang tercemar yang dikeluarkan dari ruang terkurung
tidak menimbulkan sebarang hazad terhadap orang lain atau peralatan.
8.6.4 Oksigen tidak boleh digunakan untukpengalihan udara dalam ruang
terkurung. Kepekatan oksigen dalam udara atmosfera boleh menambah
tahap mudah terbakar dan kebarangkalian letupan atau kebakaran.
9.0 LATIHAN
9.1 Majikan hendaklahmemberi latihan supaya setiap pekerja yang terlibat secara
langsung dengan kerja-kerja di ruang terkurung memperolehi kefahaman,
pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya bagi menjalankan tugasan yang
diberi di bawah kod amalan ini secara selamat.- .
9.2 Latihan hendaklah diberi kepada setiap pekerja yang berkaitan:-
9.3
(a) Sebelum seseorang pekerja itu diberi tugasan di bawah kod tata amalan
ini untuk pertama kali;
(b) Sebelum pertukaran tugasan yang diberi;
(c) Setiap kaliperubahan pada operasi ruang terkurung yang menyebabkan
hazad yang belum diberi latihan kepada seseorang pekerja;
Setiap kali majikan mempunyai alasan sarna ada terdapat perubahan
pada prosedur untuk memasuki ruang terkurung atau terdapat kekurangan
pada pengetahuan atau penggunaan prosedur di pihak pekerja.
(d) Latihan permulaan dan semula padajangka masa yang munasabah tetapi tidak
melebihi dua tahun hendaklah diberi kepada pekerja. Latihan tersebut
hendaklah merangkumi:-
Setiap peraturan dan piawaian yang mengawal aktiviti yang khusus
di mana seorang akan bekerja;
ii. Hazad yang terdapat di dalam ruang terkurung (Fisikal dan Kimia);
L
iii. Apa-apa masalah yang berkaitan dengan masuk dan / atau keluar
dari ruang terkurung; dan
iv. Sistem kerja selamat bagi tata cara masuk ke ruang terkurung.
9.4 Majikan hendaklah memastikan latihan dikendalikan oleh orang yang
berpengalaman, berpengetahuan dalam semua aspek dari segi tata cara mas uk
ke ruang terkurung, hazad, penggunan peralatan keselamatan dan tata cara -
menyelamat. Latihan tersebut hendaklah dibuat secara amali dan teori supaya
ia lebih berkesan.
9.5 Kehendak-kehendak latihan bagi setiap kategori pekerja yang terlibat di dalam
kerja-kerja ruang terkurung, orang yang dibenarkan, orang yang menjaga dan
individu yang bertanggungjawab dalam pengeluaran permit, hendaklah
mengandungi sekurang-kurangnya perkara berikut :
a. Penguji Gas Bertauliah
Mo4~llatihan hendakl~h_mengandungi topik~topik beriku~_: . Pengenalan terhadap hazad; . Keadaan kandungan bahan kimia di dalam ruang terkurung;
Prosedur memasuki ruang terkurung; .
b.
Fungsi dan jenis pengesan gas;
Fungsi dan jenis alat penafasan; dan
Jenis alat pengudaraan;
Orang Yang Bertauliah bagi Kemasukan
...
Modullatihari hendaklah mengandungi topik -topik berikut :
(c)
(d)
. Pengenalan terhadap hazad;
Prosedur komunikasi; ..
Jenis dan cara penggunaan alat keselamatan;
Prosedur menyelamat diri sendiri dan peninggalan;
Jenis dan akibat bagi setiap hazad yang bedainan di dalam ruang
terkurung;
..
. Tanda dan petanda bagi kemungkinan pendedahan;
Peralatan perlindungan diri; dan
Prosedur kecemasan.
..
Latihan bagi orang yang menjaga hendaklah mengandungi prosedur
mengenal pasti orang yang memasuki ruang terkurung, pengenalan
hazad, teknik komunikasi, dan kaedah menyelamat.
lndividu yang bertanggungjawab untuk pengeluaran permit hendaklah
diberi latihan berkaitan dengan pentadbiran, teknikal clan aspek
pengurusan -bagi kerja di ruang terkurung. Latihan tersebut hendaklah
melengkapkan mereka dengan pengetahuan supaya mereka mengenal
pasti permit yang dikeluarkan mengandungi semua perkara yang
dikehendaki dan memastikan prosedur, tat a cara dan peralatan yang
berkaitan berada dalam keadaan yang memuaskan sebelum kebenaran
memasuki ruang terkurung dikeluarkan.
9.6 Secara ringkas, perkara-perkara yang pedu diambil kita bagi memastikan
program latihan b~rkesan hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi topik
berikut:- -
(a) Prosedur kecemasan mas uk dan keluar;
(b) Penggunaan alat perlindungan pernafasan yang sesuai;
(c) Bantuan kecemasan termasuk CPR;
(d) Prosedur penguncian/pengasingan;
(e) Penggunaan alat keselamatan;
(f) Teknik menyelamat;
(g) Perlindungan kebakaran;
(h) Komunikasi;
(i) Kecergasan individu yang menjalankan kerja di ruang terkurung;
(j) Sistem permit kerja; dan
(k) Prosedur dan tata carakerja selamat.
(1) Persekitaran pernafasan yang baik;
(m) Pengenalan terhadap hazad yang khusus bagi setiap operasiJaktiviti

9.7
 (a) Majikan hendaklah mengesahkan bahawa latihan yang dikehendaki di
Kod amalan telah dipatuhi. Pengesahan hendaklah mengandungi nama
pekerja, tandatangan atau nama singkatan tenaga pengajar, dan tarikh
latihan. Rekod pengesahan tersebut hendaklah boleh diperolehi oleh
majikan atau ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan bagi tujuan
pemeriksaan
(b)Majikan hendaklah menilai tahap kefahaman seseorang pekerja bagi
memastikan hanya pekerja terlatih dan tahap kefahaman yang
memuaskan sahaja dibenarkan bekerja di ruang terkurung.
10. KEPERLUAN KESIHATAN UNTUK ORANG YANG BEKERJA DI
RUANG TERKURUNG
10.1 Terdapat tekanan fizikal dan psikologi berkaitan dengan bertugas di ruang
terkurung. Selain dari kualiti cahaya lampu dan fakta ruang yang sempit, boleh
menambahkan lagi masalah yang wujud seperti penglihatan yang kabur, kekurangan
kesinambungan, pergerakan terhad dan peredaran darah yang tidak
lancar.
10.2 Penghuni perlu memastikan pekerja yang akan bertugas di ruang terkurung
diperakui sihat secara fizikal dan perubatan sebaik-baiknya oleh doktor
kesihatan pekerjaan dan untuk mengenepikan pekerja yang mempunyai :
(a)
(b)
. .cc)
(f)
-..(g)
Sejarah sakit sawan, pitam atau serangan pitam;
Penyakit jantung atau gangguan jantung;
(d)
(e)
Asma, bronchitis atau sesak nafas apabila menggunakan tenaga
berlebihan;
Kurang pendengaran;
Penyakit Meniere atau penyakit termasuk pening kepala atau kehilangan
kesinambungan;
Klaustopobia atau lain-lain ganguan saraf atau mental;
(h)
(i)
(j)
Sakit belakang atau gangguan saraf yang membataskan pergerakan dalam
ruang terkurung;
Keadaan yang menghadkan pergerakan dalam ruang terkurung;
Kecacatan penglihatan yang teruk; dan
Lain-lain penyakit atau keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan
dan kesihatan individu;
11. TUGAS MAJIKAN
Apabila majikan mengatur pekerja-pekerja/kontraktor menjalankan kerja yang
melibatkan ruang terkurung, majikan hendaklah memenuhi tugas seperti ditetapkan
di bawah Seksyen 15 dan Seksyen 18 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
1994.Majikan hendaklah:-
(a) Memaklumkan kepada pekerja/kontraktor bahawa masuk ke ruang
terkurung cuma dibenarkan dengan program ruang terkurung yang
memenuhi kepe.rluan-keperluan Kod Amalan;
(b) Memaklumkan kepada pekerja/kontraktor mengenai elemen-elemen,
termasuk hazad yang telah dikenal pasti dan pengalaman majikan dengan
ruang terkurung.
(c) Memaklumkan pekerja/kontraktor mengenai langkah mencegah atau
prosedur yang telah dilaksanakan oleh majikan untuk keselamatan
pekerja di dalam atau berdekatan dengan ruang terkurung di mana
kakitangan kontraktor akan bekerja;
Menyelaras kemasukan operasi dengan kontraktor, semasa kedua-dua
kakitangan majikan dan kakitangan kontraktor akan bekerja di dalam
atauberdekatan ruang terkurung;
(d)
(e) Menjalankan sesi maklum balas dengan kontraktor atau kakitangan
kontraktor setelah tamat operasi kemasukan mengenai program ruang
terkurung yang telah diikuti dan mengenai apa-apa hazad yang dihadapi
atau timbul dalam ruang terkurung semasa operasi kemasukan; dan
Memastikan bahawa kontraktor, peIiyelia kemasukan, AGT, orang yang
mendapat kebenaran masuk danorang menjaga memenu hi tanggungjawab
seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 12, 13, 14 dan 15.
(t)
12. TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR
Setiap koritraktor yang telah di lantik untuk menjalankan operasi ruang terkurung
hendaklah:-
(a) Mendapatkan maklumat yang tersedia mengenai hazad ruang terkurung
dan maklumat kemasukan dari majikan;
Menyelaras operasi kemasukan dengan majikan, apabila kedua-dua
kakitangan majikan dan kakitangan kontraktor akan bekerja di dalam
atau berdekatan dengan ruang yang terkurung;
(b)
(c) Memaklumkan kepada majikan mengenai program ruang terkurung yang
akan diikuti dan apa-apa hazadakan dihadapi atau timbul dalam ruang
terkurung, samada melalui maklum balas atau semasa operasi
kemasukan; .
(d) Mematuhi Kod Amalan ini; dan
(e) Jika kontraktor mengambilalih tapak kerja, mereka hendaklah mematuhi
tanggungjawab sebagai majikan.
13. TANGGUNGJAWABPENYELIAKEMASUKAN
Setiap penyelia kemasukan hendaklah:-
(a) Mempunyai pengetahuan mengenai hazad yang akan dialami ketika
kemasukan, termasuk maklumat mengenai cara, tanda dan gejala, akibat
pendedahan;
Mengesahkan dengan memeriksa kemasukan yang sesuai telah di buat diatas
permit kerja, bahawa semua ujian yang ditetapkan telah dikendalikan dan
semua prosedur dan alat kelengkapan yang telah ditetapkan dalam permit
adalah teratur sebelum permit disahkan dan membenarkan kemasukan
bermula;
(b) Menamatkan kemasukan dan membatalkan permit;
(c) Mengesahkan perkhidmatan penyelamat disediakan dan kaedah memanggil
mereka beroperasi/ dan digunakan;
(d)


(e) Menghalang individu yang tidak mendapat kebenaran dari memasuki atau.
cuba memasuki ruang terkurung semasa operasi kemasukan; dan
Menentukan, apabila tanggungjawab terhadap .ruang terkurung dipindahkan
dan dalam jarak waktu tertentu ditetapkan oleh hazad dan operasi yang
dijalankan dalam ruang, bahawa operasi kemasukan tetap konsisten dengan
permit dan keadaankemasukan yang diterima dikekalkan.
(f)
14. TUGAS PEMERIKSA GAS BERTAULIAH (AGT)
Pemeriksa -Gas Bertauliah hendaklah:-
(a) Mempunyai pengetahuan mengenai hazad -yang akan di alami ketika
kemasukan, termasuk maklumat mengenai cara, tanda dan gejala, akibat
pendedahan; .
Mengenalpasti setiap hazard dan membuat cadangan langkah-langkah untuk
mengatasinya bagi kemasukan yang se1amat;
(b)
(c) Mahir dengan peralatan yang digunakan untuk masuk ke ruang terkurung,
contohnya alat pengesan gas, ELSA, winch mengangkat orang, tripod dan
sebagainya;
(d) Menguji dan menilai bacaan kandungan gas di dalamruang terkurung;
(e)
(f)
Menyambung dan membatalkan sijil Permit untuk Bekerja;
Memberi penerangan kepada pasukan yang masuk tentang prosedur kecemasan
di dalam ruang terkurung.
15. TUGAS ORANG MENJAGA
Setiap orang menjaga hendaklah:-
(a) Mempunyai pengetahuan tentang hazad yang akan dialami semasa kemasukan
termasuk maklumat mengenai cara, tanda dan gejala, akibat pendedahan;
(b) Sedar akan kemungkinan kesan pendedahan ruang terkurung terhadap
tingkahlaku orang yang dibenarkan masuk ke ruang terkurung ;
Sentiasa menjaga dengan tepat jumlah orang yang dibenarkan di dalam ruang
terkurung, dan juga memastikan cara yang digunakan untuk mengenal orang
yang dibenarkan adalah tepat dan boleh menentukan siapa di dalam ruang
terkurung;
(c)
(d) Berada di luar ruang terkurung yang telah di tetapkan semasa operasl
kemasukan sehingga dig anti oleh penjaga yang lain;
Berhubung dengan orang yang dibenarkan apabila perlu untuk memantau status
dail untuk memberi syarat kepada mereka untuk keluar dari ruang terkurung
apabila perlu;
(e)
(f) Memantau aktiviti-aktiviti di luar dan di dalam setiap ruang bagi menentukan
samada ianya selamat untuk orang yang masuk berada di dalam ruang tersebut
dan memberi perintah kepada orang yang dibenarkan untuk keluar dari ruang
terkurung segera jika terdapat salah satu kemungkinan berikut : . Jika orang menjaga mengesan keadaan dilarang;
Jika orang menjaga mengesan perubahan tingkah laku orang yan-g
dibenarkan akibat pendedahan kepada hazad;
.
. Jika orang menjaga mengesan keadaan di luar ruang yang boleh
membahayakan orang yang dibenarkan ;
Jika orang menjaga tidak dapat menjalankan tugasnya dengan efektif
dan selamat ; atau -
.
. Jika tanda amaran dihi-dupkan.-
(g) Memanggil penyelamat dan perkhidmatan kecemasan lain sebaik saja orang
menjaga telah menentukan orang yang dibenarkan memerlukan pertolongan
untuk melepaskan diri dari hazad di ruang terkurung;
Mengambillangkah-Iangkah berikut apabila orang yang tidak dibenarkan atau
berkenaan menghampiri atau memasuki ruang terkurung semasa orang yang
dibenarkan berada didalamnya;
(h)
. memberi amaran kepada orang yang tidak dibenarkan supaya menjauhi
kawasan ruang terkurung;
menasihati orang yang tidak dibenarkan supaya keluar segera jika mereka
telah memasuki ruang terkurung ; dan
.
(i)
memberitahu orang yang dibenarkan dan penyelia kemasukanjika orang
yang tidak dibenarkan memasuki ruang terkurung.
Membuat kerja menyelamat dari luar seperti yang telah ditentukan melalui
prosedur menyelamat; dan
.
U) Tidak membuat apa-apa perkara yang mungkin akan bercanggah dengan tug as
asal orang yang menjaga untuk memantau dail melindungi orang yang
dibenarkan masuk.
16. TUGAS ORANG YANGDIBENARKAN MASUK
Semua orang yang dibenarkan masuk hendaklah :
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
Mempunyai pengetahuan mengenai hazad-hazad yang mungkin dihadapi
semasa kemasukan, termasuk maklumat mengenai ka~dah,- tanda-tandaatau
simptom dan akibat-akibat pendedahan;
Menggunakan peralatan dengan cara yang betul
Berkomunikasi dengan orang yang menjaga jika perlu untuk membolehkan
orang yang bersiap-sedia memantau status kemasukan dan membolehkan
orang yang menjaga memberitahu orang yang masuk untuk keluar dari ruang
terkurung;
Memberitahu kepada orang yang menjaga sebaik sahaja: . Orang yang masuk mengecam sebarang tanda amaran atau simptom
pendedahan kepada keadaan merbahaya; atau
Orang yang masuk mengesan keadaan yang dilarang. .
Keluar daripada ruang terkurung secepat mungkin sebaik sahaja . Ada arahan untuk keluar diberi oleh orang yang menjaga atau Penyelia
kemasukan;
Orang yang mas uk mengecam sebarang tanda amaran atau simptom
pendedahan kepada keadaan merbahaya;
.
. Orang yang masuk mengesan keadaan yang dilarang; dan
Loceng amaran pengosongan berfungsi. .
17. PERKHIDMATANMENYELAMATDAN KECEMASAN
17.1 Am
Keperluan untuk menyelamat orang daripada ruang terkurung dan peruntukan
pertolongan cemas, samada di dalam ruang terkurung at au selepas
diselamatkan dan ruang terkurung mungkin timbul. Oleh itu, tugas menyelamat
dan prosedur pertolongan cemas dan peruntukan perlu dirancang, diadakan
dan dilatih selalu. ---
(a) Prosedur menyelamat.
Prosedur kecemasan termasuk peruntukan peralatan menyelamat mesti
diadakan dan dilaksanakan. Penyusunan hendaklah mengambil kira: . Bentuk dan saiz ruang terkurung;
Cara sesuatu kerja dijalankan;
Halangan-halangan diantara ruang terkurung dan saiz serta
kedudukan laluan kemasukan dan kel':lar dari ruang terkurung;
Bilangan orang yang bekerja dalam ruang terkurung; dan
.
.
.
(b)
Bilangan orang yang diperlukan di luar ruang terkurung untuk
menyenggara peralatan mustahak untuk kerja ruang terkurung, untuk
memastikan komunikasi berkesan dengan pemerhatian orang di
dalam ruang terkurung, dan memulakan kerja menyelamat awal jika
perlu.
Perkhidmatan menyelamat dan kecemasan
.
(c)
Prosedur memanggil perkhidmatan penyelamat dan kecemasan
hendaklah dibangunkan dan dilaksanakan. Program ini hendaklah selaras
dengan prosedur untuk menyelamat orang yang masuk ke ruang
terkurung, untuk membekalkan perkhidmatan kecemasan yang perIu
untuk menyelamatkan pekerja, dan untuk mencegah orang yang tidak
dibenarkan daripada membuat kerja menyelamat.
Perkhidmatan menyelamat dan kecemasan yang boleh dipanggil dan
memberi cara memanggil perkhidmatan tersebut.
17.2 Latihan yang teratur didalam penggunaan alat pelindung diri yang betul
hendaklah diadakan.
17.3 Setiap orang yang terlibat di dalam apa jua bentuk prosedur menyelamat di
ruang terkurung hendaklah mengetahui bahawa;
(a) Prosedur menyelamat yang terancang dan sempuma adalah perlu dan
mesti dipatuhi pada setiap masa; dan .
Pada masa kecemasan, tindakbalas serta merta untuk memasuki dengan
segera dan menjalankan tugas menyelamat di ruang terkurung boleh
menyebabkan beberapa kematian tidak hanya kepada orang yang perlu -
diselamatkan tetapi juga orang yang cuba menyelamat.
(b)
17.4 Kehendak - kehendak di bawah adalah terpakai kepada majikan:-majikan yang
mempunyai pekerja yang memasuki ruang terkurung untuk menjalankan
perkhidmatan menyelamat;
(a) Majikan hendaklah memastikan setiap ahli penyelamat telah dibekalkan
dengan, dan telah dilatih menggunakan dengan betul, alat pelindung
diri dan peralatan menyelamat yang perlu untuk membuat tugas
menyelamat di ruang terkurung;
(b) -Setiap ahli penyelamat hendaklah dilaJih untuk menjalankan tugas
menyelamat yang diarahkan. Setiap ahli penyelamat hendaklah juga
menerima latihan yang diperlukan sebagai orang yang dibenarkan masuk;
(c) Setiap ahli penyelamat hendaklah dilatih membuat tugas menyelamat di
ruang terkurung sekurang-kurangnya setiap 12 bulan sekali, latihan yang
dimaksudkan merangkumi simulasi operasi menyelamat di mana para
penyelamat akan memindahkan patung orang, orang-orang atau orang
sebenar daripada ruang terkurung sebenar atau wakil ruang terkurung.
Contoh ruang terkurung yang digunakan hendaklah menyerupai saiz
pembuka~n, bentuk dan cara memasuki ruang terkurung di mana tugas
menyelamat akan dijalankan;
(d) Setiap ahli penyelamat hendaklah dilatih dengan Pertolongan Cemas
dan CPR. Sekurang-kurangnya seorang daripada kumpulan penyelamat
mestilah mempunyai sijil pertolongan cemas semasa dan CPR.
17.5 Apabila majikan merancang untuk memberikan tug as me~yelamat di ruang
- terkurung kepada pekerja selain pekerjanya sendiri, majikan hendaklah:
(a) Memberitahu kumpulan penyelamat mengenai hazad-hazad yang
mungkin dihadapi semasa menjalankan tugas menyelamat di tempatnya;
dan
Membekalkan maklumat kemasukan kesemua ruang terkurung yang ada
di tempatnya bagi membolehkan kumpulan penyelamat merancang dan
berlatih bagi persediaan semasa operasi menyelamat.
17.6 Untuk memudahkan kerja menyelamat dari luar, sistem atau cara menarik
balik hendaklah digunakan setiap kali orang yang dibenarkan masuk memasuki
ruang terkurung, kecuali alat pengembali akan meningkatkan lagi ,risiko atau
tidak berkesan keseluruhan kemasukan at au tidak akan membantu
menyelamatkan orang yang masuk. Sistem menarik balik hendaklah memenuhi
syarat-syarat berikut:
(b)
(a) Setiap orang yang dibenarkan masuk hendaklah menggunakan 'harness'
penuh atau badan dengan tali pengembali berada di tengah belakang
orang yang masuk berdekatan aras bahu, atau di atas kepala orang yang
masuk; dan
Di satu hujung lagi pada sistem pengembali hendaklah disambungkan
dengan alat mekanikal atau dilekatkan di satu tempat di luar ruang
terkurung yang mana tugas menyelamat boleh dimulakan sebaik sahaja
ianya diperlukan. Alat mekanikal hendaklah diadakan untuk
mengeluarkan orang daripada ruang terkurungjenis tegak yang' melebihi
1.5 meter dalam.
(b)
18. LANGKAH BERJAGA-JAGA TAMBAHAN SEMASA BERADA DIDALAM
RUANG TERKURUNG
18.1 Peralatan Elektrik Mudah Alih
(a) Sebarang lampu'langan, perkakas elektrik dan laIn-lain alat elektrik
mudah alih yang akan digunakan di ruang terkurung hendaklah; . Disambungkan ke sambungan bekalan voltan rendah tambahan
bebas-bumi daripada alat ubah berasingan, dengan alat ubah terletak
di luar ruang terkurung; atau . Disambungkan setiap satunya kepada bekalan voltan rendah bebasbumi
tersendiri daripada alat ubah berasingan dengan alat ubah
terletak di luar ruang terkurung; atau
Dilindungi melalui Alat Pengimbang Pusat Kebocoran Bumi dengan
alat tersebut berada di luar ruang terkurung; atau,
.
. Dipacu angin, contohnya lampu pacu angin
(b) Sebagai tambahan, setiap alat hendaklah disambungkan kepada bekalan
kabel mudah lentur yang tahan lasak. Kabel tersebut hendaklah terletak,
tergantung atau terkawal .dengan tujuan mengurangkan kerosakan yang
tidak disengajakan. .
18.2 Kesesuaian dan Keselamatan Alat Bukan Elektrik
(a) Dimana kemungkinan terdapatnya atmosfera yang mudah terbakar,
langkah berjaga-jaga hendaklah diambil untuk menghapuskan semua
punca-punca penyalaan.
Setakat yang boleh dipraktikkan, tiada silinder gas mampat, selain
daripada yang digunakan untuk SCBA, hendaklah dikeluarkan daripada
ruang terkurung. Bekalan gas mampat kepada peralatan di dalam ruang
terkurung hendaklah ditutup bilamana ianya tidak digunakan. Hos
bekalan gas kepada peralatan beroperasi yang digunakan di ruang
terkurung hendaklah digantung ataupun dikawal untuk mengelakkan
kerosakan terjadi dengan tidak disengajakan.
(b)
Di mana tangga mudah alih digunakan, penjagaan rapi hendaklah diambil
untuk memastikan ianya dibina dengan teguh dan diikat.
18.3 Penyenggaraan Peralatan yang digunakan untuk memasuki
'. (b)
(c)
(a) Semua perkakas, talipinggang, tali, lampu dan penyuluh yang digunakan
untuk memasuki ruang terkurung, dan dalam kes penggunaan tali
pinggang dan tali untuk menyelamat, ianya hendaklah disenggara dan
hendaklah diperiksa oleh orang yang berkelayakan sekurang-kurangnya
sebulan sekali.
Laporan bagi setiap pemeriksaan hendaklah disimpan bagi tujuan
pemeriksaan.
19. PENYIMPANANREKOD
Majikan hendaklah menyimpan setiap permit masuk yang dibatalkan sekurangkurangnya
untuk tempoh setahun untuk membolehkan mengulangkaji semula
--program ruang terkl!Eung. Majikair.hendaklah juga menyenggara dan menyimpan
dokumen lain yang berkaitan seperti laporan pemeriksaan, senarai semak untuk
tujuan pemeriksaan pihak berkuasa.
RUJUKAN
CAIRNS, J. Working in Confined Spaces. The Safety & Health Practitioner. June
1993. pp.35-37.
GOVERNMENT OF MALAYSIA. Factories and Machinery (Safety, Health and
Welfare) Regulations 1970 [Revised 1983]. Kuala Lumpur, JPN, 1983. PD.
(A) 114/1983.
-. Factories and Machinery (Steam Boiler and Unfired Pressure Vessel) Regulations
1970. Kuala Lumpur, JCK, 1970. P.D. (A) 5/1970.
-. Occupational Safety and Health Act, 1994. Kuala Lumpur, PNMB, 1994. Act
514.
HEALTH AND SAFETYEXECUTIVE. Entry into Confined Spaces. London, HMSO,
1977. Guidance Note GS 5.
INTERNATIONAL LABOUR OFFICE. Safety and Health in Construction: An ILO
Code of Practice. Geneva, International Labour Office, 1992.
KLEINFELD, M. Confined Spaces. In: Parmeggiani; L. (Tech. Ed.). Encyclopaedia
of Occupational Health and Safety. 3rd. (Rev.) Ed., Vol. 1, Geneva, International
Labour Office, 1983. pp. 528-530.
REKUS, J.F. Invisible Confined-Space Hazards Require Comprehensive Entry
Program. Occupational Health & Safety. Vol. 59, No.8, 1990. pp.38-42.
STANDARDS ASSOCIATION OF AUSTRALIA. Safe Working in a Confined Space.
AS2865 - 1986.
U.K. CROWN GOVERNMENT. The Construction (General Provisions) Regulations
1961. London, HMSO, 1961.
-. The Shipbuilding and Shiprepairing Regulations 1960. London, HMSO, 1960.
U.S. DEPT. OF LABOR, OCCUPATIONALSAFETY & HEALTH ADMINISTRATION.
Permit-Required Confined Spacesfor General Industry. 29 CFR Parts
1910.146. 1993.
1. AM
LAMPIRANA
CADANGANTAMBAHANUNTUK MELANCARKAN
KERTAPANASDIDALAM RUANGTERKURUNG
Perhatian khas pedu diberikan apabila melakukan kerja panas didalam ruang
terkurung.
2. PERMIT
Kerja panas di dalam atau di luar ruang terkurung yang dihuni tidak boleh
bermula sehingga permit kerja panas telah dikeluarkan.
2.2 Permit kerja panas perlulah mengesahkan bahawa langkah-Iangkah
keselamatan yang berpatutan telah dilakukan dan sepatutnya juga menyatakan
kekerapan sebarang ujian yang pedu di lakukan untuk memastikan keadaan
selamat di jaga.
2.1
2.3 Aspek-aspek yang pedu diambilkira bila menimbangkan pengeluaran permit
adalah seperti berikut :-
(a) Jika ruang terkurung atau ruang yang bersebelahannya mengandungi
ce~air, wap atau gas yang mudah terbakar, permit tersebut hendaklah
dikeluarkan selepas pemeriksaan dan ujian telah menentukan kehendakkehendak
berikut telah di penuhi:
(i) Kepekatan .wap atau gas yang mudah terbakar didalam atmosfera
berada 10 peratus dibawah HRL; .
(ii) Keladak, cecair atau pepejal telah di keluarkan untuk menghalang
keluarnya wap atau gas yang mudah terbakar dan menambah
kepekatan sehingga melebihi 10 peratus dari HRL;
(iii) Semua paip-paip di dalam ruang terkurung telah diuji dan tidak
mengandungi kepekatan wap atau gas mudah terbakar melebihi
daripada 10 peratus HRL.
Sekiranya ruang ter~urung pemah mengandungi bahan kering yang boleh
menyebabkan atmosfera yang mudah meletup, permit hanya boleh
dikeluarkan selepas pemeriksaan telah dilakukan dan memastikan habuk
atau debu bahan tersebut telah dicuci dan dikeluarkan dari ruang
terkurung.
(b)
(c) Apabila terdapat peralatan pemadam api tetap yang di hidupkan dengan
tang an atau otomatik, peralatan tersebut perlulah diasingkan apabila
ruang tersebut ada pekerja. Ingin ditegaskan bahawa, bahan yang keluar
dari sistem pemadam api boleh mencemarkan atmosfera diruang
terkurung dengan cepat. Dalam keadaan tersebut, perlu disediakan alat
pemadam api mudah alih yang mencukupi.
3. PENCEGAHAN KEBAKARAN
Langkah-Iangkah mencegah kebakaran berikut perlu diambil :-
(a) Semua bahan mudah terbakar, termasuk keladak kering, dipersekitaran tempat
menjalankan kerja panas hendaklah dialihkan keterp.patyang leQih selamat.
Jika tidak boleh dialih, ianya hendaklah ditutup dengan selimut atau bahan
yang Kalis api, atau dengan cara lain untuk menghalang dari terbakar dari
punca apl.
Apabila ada penglibatan kerja panas, pertimbangan hendaklah diberi untuk
mengadakan seorang petugas menjaga api semasa kerja panas tersebut
dijalankan dan sehingga 30 minit selepas kerja tersebut selesai.
(b)
(c) Apabila kimpalan atau memotong dengan api digunakan keatas kelumpang
tangki atau dinding ruang terkurung, langkah-Iangkah keselarnatan yang sarna
perlu diamalkan didalam atau diluar ruang terkurung yang rnembuat kerja
panas.
Sebelum kerja panas bermula di atas permukaan yang terdapat bahan pengawet
atau lapisan bahan pelindung yang lain, tahap pembakaran dan tindak balas
bahan tersebut perlu diberi perhatian. Jika lapisan bahan pelindung itu mudah
terbakar, ianya hendaklah dikikis dari kawasan yang terlibat dengan kerja
panas untuk mengelakkan ia menyala. Alat pemadam api yang sesuai perlu
disediakan.
(d)
(e) Apabila mesin kimpalan telah berhenti digunakan sementara waktu, contohnya
waktu makan, punca kuasanya hendaklah dimatikan, dan sernua elektrod
ditanggalkan dari pemegangnya dan pemegang tersebut hendaklah diletakkan
- di tempat yang selarnat.
(f) Apabila kimpalan gas atau mem9tong denga~ api berhenti digunakan
sementara waktu, injap pembakar dan tangki -gas hendaklah ditutup dan
dikeluarkan dari ruang terkurung.
Setakat yang praktik, tangki gas mampat atau peralatan yang berkaitan
denganya hendaklah diletakkan diluar ruang terkurung melainkan tangki untuk
peralatan pernafasan.
(g)
4. KAWALAN KEATAS WASAP
Wasap hendaklah dikawal dengan cara berikut :-
(a) Sebelum kerja panas bermula diatas permukaan besi yang mempunyai bahan
pelapis, atmosfera dalam ruang terkurung hendaklah dipastikan tiada wap
atau gas yang mudah terbakar dari bahan pelapis tersebut berada melebihi
dari 10 peratus HRL pada suhu biasa.
Pada masa kerja panas dijalankan, ujian berkala perlu di lakukan untuk
memastikan supaya tidak melebihi tahap di atas.
(b) Dalam ruang terkurung, semua permukaan yang ada lapisan bahan pelindung
yang mungkin reput akibat kerja panas dan menghasilkan komponen yang
tosik, menghakis atau merensa dan ianya perlu dikikis dari kawasan yang
~~i[ft!!~~Ct!i,,~-d' --~
1JJ!lll.filfi
(c)
terkena bahang panas dalam linkungan sekurang-kurangnya 150 mm. Kawasan
besi yang terkena haba panas boleh disejukkan dengan cara yang sesuai untuk
mengurangkan kawasan yang perlu dikikis. Jika dengan cara mengikis tidak
boleh dilakukan, semua orang yang berada didalam ruang terkurung hendaklah
menggunakan alat pelindung pernafasan yang sesuai.
Udara yang tercemar hendaklah dikeluarkan dari ruang terkurung ke kawasan
yang tidak akan membahayakan orang lain atau peralatan dan udara tersebut
tidak akan masuk ke ruang terkurung berkenaan setelah dikeluarkan.
;,
.
-
LAMPIRAN B
CONTOR BORANG PERMIT UNTUK MEMASUKI RUANG TERKURUNG
1. (a) Lokasi kerja
(b) Pekerja yang diarahkan
(c) Kontraktor luar
2. (a) Keterangan kerja yang akan dijalankan
(b) Pemohon Pertama
(c) Tarikh masuk
Tarikh
Masa
SEMUA DATAASAL PERMIT INI MESTI DISAHKAN SEBELUM KERJA DIMULAKAN DAN
HANYA KERJA YANG TERSENARAI DIBAWAH SAHAJA BOLEH DIBUAT
3. PENGASINGAN RUANGTERKURUNG
Butir-butir yang ditandakan di bawah telah diasingkan atau telah dibuat secara selamat:
(a) Laluan paip (Air,Wap, Gas, dll.)
(b) Penggerak MekanikallElektrikal
(c) LumpurlEndapan/Bahanbuangan
(d) Bahan-bahan merbahaya
(e) Perkhidmatan Elektrikal
(f) Tanda-tanda amaran, kunci atau tag telah dilekatkan bagi maksud pengasingan
Orang yang dibenarkan
4. KEPERLUAN UJIAN PENGUDARAAN
Udara telah diuji untuk memastikan tiada kekurangan atau kelebihan oksigen dan untuk
kontamina-kontaminaseperti berikut:
(Isikan butir-butir dan keputusan ujian)
(a) (Oksigen ) ........................................................
(b) ( ) ........................................................
(c) ( ) ........................................................
(d) ( ) """''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Pemonitoran yang berterusan ke atas udara diperIukanltidak diperlukan*.
Keadaan-keadaan berikut adalah selamat untuk dimasuki dengan syarat-syarat seperti
ditandakandibawah: .
(i) Dengan alat pelindung pernafasan dilengkapi bekalan udara.
(ii) Dengan alat pelindung pernafasan denganalat pembersih udara (tanpa bekalan udara)
(iii) Tanpa alat pelindung pernafasan
Masa Ujian Tarikh
Orang yang dibenarkan
(* Potong yang mana tidak berkaitan)
5. ALAT PELINDUNG DIRI (PPE)
Alat pelindung diri yang ditandakanberikut hendaklah dipakai:
(a) Pelindung pernafasan dilengkapi bekalan udara.
(b) Alat pelindung pernafasan dengan alat pembersih udara
(c) Tali pinggang keselamatan, peralatan dan/atau kelengkapan keselamatan atau
kelengkapan mehyelamat.
(d) Pelindung mata
(e) PelindungTangan
(I) Pelindung Kaki
(g) Pakaian PeliIidung
(h) Pelindung Pendengaran
(i) Topi Keselamatan
Orang yang dibenarkan
6. PENGGUNAAN AGEN-AGEN BAHAN KIMIA (Butir-butir untuk dilengkapkan)
Agen bahan kimia selain yang disenaraikan di bawah tidak dibenarkan masuk kedalam
ruang terkurung:
(a)
(b)
(c)
~
Orang yang dibenarkan
7. KERJA-KERJA PANAS
Langkah Berjaga-jaga seperti di bawah mesti dititikberatkan:
(a) Kawasan bersih dan bebas daripada bahan mudah terbakar yang sedia ada di dalam
lingkungan 15 meter- -
: -(b) Semua longkang di cialamlingkungan 15meter ditutup dengan penutup basah tahanapl
(c) Kelengkapan alat pemadam api di tapak yang berdekatan punca nyalaan.
(d) Hos air ke tapak kerja dan telah diuji.
(e) Semua pencucuh api untuk kerja melebihi 2 meter daripada aras tanah ditutup
sepenuhnyadengan menggunakanpagar yang sesuaidan hendaklahdiperiksa sebelum
kerja dimulakan.
(I) Me£inPengimpal/Silindergas terletak..":." """..." (tidakdalam
lingkungan 8-ineterdaripada mana-mana longkang)
(g) Mesin pengimpal dibumikan terus ke peralatan yang hendak dikimpal seberapa dekat
yang boleh.
(h) Punca Tenaga tidak merintangi laluan paip atau jalan masuk
(i) Pengasingan kesan elektrikal diatas paip.
Kerja panas yang dibenarkanltidakdibenarkan* di dalam ruang terkurung. (* Potong
yang tidak berkenaan)
Orang yang dibenarkan
8. ORANG MENJAGA DAN PERATURAN MENYELAMAT
(a) Orang menjaga adalah (Kenalpasti)
(b) Prosedur menyelamatdan kecemasantelah difahami dan dipamirkan.
Orang yang dibenarkan L
9. LAIN-LAIN LANGKAH BERJAGA-JAGA
Langkah Berjaga-jaga yang ditandakan di bawah telah dilaksanakan :
(a) Notis amaran/Pengadang telah ditempatkan.
(b) Merokok adalah dicegah di dalam ruang terkurung.
(c) Langkah berjaga-jaga yang khusus (nyatakan)
Orang yang dibenarkan
10. KEBENARAN (Untuk dilengkapkan)
(a) Ruang terkurung seperti yang diperihalkan diatas adalah pada pendapat saya selamat
untukdijalankan kerja,dengansyaratsemualangkahberjaga-jagadi atas telah dipatuhi
sepenuhnya
Orang yang bertanggungjawab
Sah sehingga
Masa
Masa
Tarikh
Tarikh
(b) Saya/Kami memahami prosedur yang diperlukan untuk masuk dan bekerja di dalam
ruang terkurung dan pengukur pelindungan dan peralatan yang akan digunakan
(c) Tandatangan Tarikh
Tarikh
Tarikh
Masa
Masa
Masa
11. MENANDATANGANKELUAR
Semua orang yang meninggalkan ruang terkurung dan masuk lebih jauh hendaklah tidak
diberi kebenaran kecuali permit masuk yang baru telah ditandatangani
Orang yang bertanggungjawab
12. KERJA TAMAT/DITANGGUH
Semua orang/peralatan* yang telah dikeluarkan, kerja-kerja telah siap/ditangguh*dan
sebarang alat/jentera* yang dianggap dalamkeadaan baik / tidak baik* untuk digunakan.
Aspek-aspek pemerhatian yang tidak memuaskan dibawah dicatatkan-semasa operasi-di
ruang terkurung untuk perhatian kepada yang bertanggungjawab pada operasi yang sarna
(disertakankertasberasinganjika perlu) .
Orang yang bertanggungjawab
13. PENGESAHANKERJAYANGTELAHLENGKAP
SayamengesahkanbahawakerjayangdiperihalkandalamSeksyen2 permitini telahsiap.
Orang yang bertanggungjawab
(* Potong yang mana tidak berkaitan)
LAMPIRAN C
CADANGAN TAMBAHANUNTUK MEN.TALANKAN KERJA-KERTA
PEMBERSIHAN DI RUANG TERKURUNG
1. AM
1.1 Lampiran ini menyenaraikan cadangan-cadangan bagi kerja-kerja pembersihan
yang dijalankan di ruang terkurung.Cadangan ini adalah tambahan kepada
syarat-syarat yang telah dinyatakan di dalam kandungan kod amalan industri
ini untuk semua kerja di dalam ruang terku~ung.
1.2 Prosedur dan proses yang akan digunakan untuk membersihkan bahagian
dalam di ruang terkurung hendaklah dikaji dan dibenarkan terlebih dahulu
untuk mas uk. Cara yang dit6tapkan akan bergantung kepada bahan yang
terdapat di dalam ruang terkurung dan hazad yang mungkin timbul semasa
proses pembersihan tersebut dijalankan. -
1.3 Di mana-mana yang boleh dipraktikkan, pembersihan awal hendaklah
dijalankan dari luar ruang terkurung. Pembersihan awal termasuk pengaliran
dan pembersihan keladak/serpihan, hendaklah diteruskan sehingga hazad
kontamina diudara telah dikurangkan setakat yang boleh.
1.4 Kontamina hendaklah dibuang secara yang tidak membahaya kepada orang
atau peralatan.
2. HIDRO-JET
2.1 Am
Langkah berjaga-jaga am seperti berikut hendaklah diperhatikan ap~bila hidro-jet
digunakan di ruang terkurung.
(a)
(b)
Hidro-jet hendaklah dikendalikan oleh orang yang terlatih
Setiap orang yang terlibat hendaklah dibekalkan dengan pakaian perlindungan,
kasut keselamatan kalis-air, topi keselamatan dengan pelindung muka, sarung
tang an keselarnatan dan alat pelindung pernafasan di mana yang perIu.
(c) Tanda-tanda amaran yang menyatakan bahawa Hidro-jet sedang beroperasi
hendaklah dipaparkan di kawas_~!!'yangmudahdilihat di luar ruanK~erkurung.
Kawasan yang terlibat oleh Hidro-jet hendaklah diadarig semasa proses kerja
dijalankan.
Di mana kemungkinan terdapatnya persehtaran yang mudah terbakar, nozel
peralatan Hidro-jet perlu disambungkan ke sambungan bumi untuk
mengurangkan kejadian elektrik statik.
Operator nozel mestilah boleh berhubung atau berkomunikasi terus dengan
. .operator pam.
(d)
(e)
Penyingkiran cecair daripada ruang terkurung hendaklah dilakukan secara
berterusan terutamanya operasi yang dilakukan didalam tangki kapal, tangki
minyak dlL
Penggunaan penembak tekanan tinggi / isipadu rendah yang digunakan secara
berselang-seli bagi pembersihan adalahlebih baik daripada berterusan dan
boleh membantu untuk pengedaran udara secukupnya.
2.2 Peralatan
(h)
-(a)
Semua peralatan pembersih bertekanan tinggi hendaklah dipasang dengan
alat penghidup yang memerlukan operator menggunakan tangan atau kaki
untuk membuka injap. Sebagai tambahan, keperluan berikut hendaklah, setakat
yang bo1eh dipraktikkan, diperhatikan:
(b)
(c)
Hos yang digunakan bagi alat pembersih bertekanan tinggi hendaklah
mempunyai tekanan meletup sekurang-kurangnya dua kali ganda tekanan
kerja.
Hos perlu di tag untuk menunjukkan tekanan kerja dan tahun dibuat.
(d)
Hos dengan wayar tambahan yang terdedah hendaklah dikeluarkan
segera.
Hos Hidro-jet hendaklah direntangkan ke tanah secara berhati-hati untuk
mengelakkan gegaran yang boleh menyebabkan kerosakan padanya
terutamanya dari bucu dinding.
(e) "Coupling" hendaklah mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang tidak mudah
ditanggalkan atau tercabut semasa beroperasi.
3. PEMBERSIHAN STIM
Dimana terdapatnya ruang terkurung untuk dibersihkan dengan pembersihan stim,
langkah-Iangkah berjaga -perlu diambil :
(a)
(b)
(c)
Dimana terdapatnya kemungkinan persekitaran yang mudah terbakar,. paip
atau muncung hos tersebtit hendaklah disambung ke pagar ruang terkurung
untuk mengurangkan perebakan elektrik statik.
Dimana terdapatnya oksigen diruang terkurung, suhu stirn tidak boleh melebihi .
suhu 'auto-ignition' bagi penyimpanan barangan sebelumnya.
Ruang terkurung hendaklah dibiarkan kembali ke keadaan suhu yang boleh
diterima sebelum memasuki ruang tersebut.
4. PEMBAGASAN ABRASIF .
Pembersihan menggunakan pembagasan bermedia hendaklah hanya di buat dimana
alat pemafasan lengkap dengan bekalan udara digunakan. Perkara-perkara berikut
hendaklah dipertimbangkan bagi aktiviti tersebut :
(a)
(b)
(c)
(d)
Pencahayaan dan pemandangan secukupnya untuk memberikan cara kerja
selamat yang berterusan.
Perlindungan terhadap saluran udara yang disambungkan ke alat pelindung
pemafasan.
Pakaian dan peralatan yang sesuai.
Peralatan untuk menyelamatkan diri.
(e)
5. PEMBERSIHAN KIMIA
Alat/suis yang memerlukan operator untuk mengekalkan bekalan berterusan.
Selain meningkatkan hazad toksik, bahan kimia digunakan dalam kerja p~mbersihan
boleh menyebabkan keadaan mudah terbakar terbentuk. Tahap keselamatan-perlu
dinilai sebelum dan selepas kerja-keIja lain dijalankan.
.
LAMPIRAN D
PROSEDUR UNTUK UJIAN ATMOSFERA
Ujian Atmosfera diperlukan untuk dua kegunaan yang nyata. Penilaian hazad di dalam
ruang terkurung dan penentuan syarat kemasukan yang boleh diterima untuk memasuki
ruang terkurung.
1. PENILAIAN
Atmosfera bagi ruang terkurung hendaklah dianalisa dengan menggunakan peralatan
yang mempunyai daya sensitif yang tinggi dan khusus untuk mengenalpasti dan
menilai sebarang hazad yang mungkin wjud atau timbul/terbit, dengan itu permit
kemasukan yang tepat dapat diwujudkan dan syarat kemasukan yang boleh diterima
dapat ditetapkan untuk ruang tersebut. Penilaian bagi data ini dan peng~ubalan
prosedur kemasukan hendaklah dibuat atau dikaji secara teknikal oleh mereka yang
profesional dan berkelayakan.
2. U,HANPENENTUAN
Atmosfera di ruang terkurung, yang mungkin mengandungi atmosfera yang
berbahaya hendaklah diuji bagi semua baki kontamina yang dikenalpasti melalui
ujian penilaian yang menggunakanperalatan khusus-permit untuk memastikan
kepekatan sisalbaki pada mas a ujian dan kemasukan adalah didalam lingkungan
julat syarat kemasukan yang diterima.
3. .TANGKAMASAU.HAN
Ukuran untuk nilai-nilai bagi setiap parameter atmosfera hendaklah dibuat sekurangkurangnya
pada jarak mas a minima seperti yang dinyatakan oleh peralatan ujian
oleh pembuat.
4. D.HAN LAPISAN ATMOSFERA
Apabila pemonitoran kemasukan melibatkan penurunan ke dalam atmosfera yang
mungkin mempunyai lapisan, sampellapisan atmosfera hendaklah diuji pada jarak
lebih kurang 1.22 meter pada arah laluan perjalanan pada setiap sisi. Jika sampel -.
'probe' digunakan kadar orang yang masuk hendaklah dikurangkan untuk ".
mempercepatkan persampelan dan tindakbalas alatpengesan.

Lapuran kemalangan



Cara membuat repot kemalangan jalanraya

Pengaduan kemalangan jalan raya merangkumi tiga peringkat atau proses. Peringkat I merupakan peringkat di mana pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut tampil membuat pengaduan polis. Peringkat II melibatkan siasatan pihak polis terhadap pihak-pihak terlibat serta pemeriksaan terhadap kenderaan. Peringkat III merupakan peringkat penyediaan dokumen-dokumen siasatan.



PERINGKAT 1

Mengikut peruntukan seksyen 52 Akta Pergankutan Jalan Raya 1987, setiap kecelakaan jalan raya hendaklah dilaporkan kepada polis. Pihak yang terlibat hendaklah pergi ke balai polis untuk membuat pengaduan samada dengan menulis sendiri atau melalui anggota polis yang bertugas di Pejabat Pertanyaan. Selain itu, pihak yang terlibat boleh menghubungi balai polis melalui telefon mengenai kecelakaan yang berlaku dan anggota polis yang bertugas mencatatkan segala maklumat yang diberikan. Dalam pengaduan tersebut, pihak yang terlibat hendaklah menuliskan senario kejadian yang berlaku pada sekeping kertas dan menyerahkan sendiri di balai polis untuk dijadikan laporan polis.



Maklumat-maklumat yang perlu diambil kira semasa membuat pengaduan polis adalah seperti berikut :

*Tarikh, masa dan tempat kejadian (tanda-tanda nyata atau "landmark" boleh digunakan bagi menggambarkan tempat kejadian).
*Pihak-pihak yang terlibat (catatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan).
*Kenderaan, mangsa yang terlibat (termasuk kematian) dan kerosakan kenderaan atau harta awam.
*Maklumat-maklumat yang diperolehi hasil pengamatan kelima-lima pacaindera pengadu sebelum, semasa dan selepas kejadian. (Jangan sama sekali membuat andaian).



PERINGKAT II

Setelah laporan dibuat pengadu akan dirujuk kepada pegawai penyiasat kes trafik. Siasatan awal dilakukan dengan merakam percakapan, pengecam tempat kejadian, pemeriksaan teliti kenderaan yang terlibat dan mengklasifikasikan kes mengikut undang-undang. Klasifikasi kes bergantung kepada keterangan fakta dan data-data yang dikumpul semasa siasatan.



"Refer to Insurance"

Bagi kes kenderaan kecil, tidak melibatkan kematian atau kecederaan serta kerosakan kecil ke atas kenderaan yang terlibat, pegawai penyiasat berpendapat siasatan lanjut tidak perlu, maka kes tersebut diklasifikasikan sebagai "RTI - Refer To Insurance" dan pengadu boleh membuat tuntutan sivil.



Siasatan lanjut - kertas siasatan dibuka

Bagi kes kecelakan yang serius, siasatan terperinci akan dilakukan dan kertas siasatan akan dibuka. Setelah segala keterangan serta data-data kecederaan tersebut diperolehi, pihak yang bersalah akan ditetapkan untuk didakwa.



Mengkompaun kesalahan

Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, satu notis saman akan dikeluarkan ke atas pesalah yang terlibat. Bayaran kompaun boleh dibuat dikaunter Trafik C.O.P.S - Compound On Line Payment System.



Hadir Mahkamah

Jika tidak membayar kompaun, pesalah hendaklah hadir di mahkamah pada tarikh yang dinyatakan dalam notis saman.



Nota: Mengikut Seksyen 104 Akta Pengangkutan Jalan 1987 setiap kes kemalangan jalan raya samada serius atau tidak, adalah menjadi tanggungjawab pengadu untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada syarikat insurannya bagi membolehkan suatu tuntutan di buat di bawah sesuatu polisi.



PERINGKAT III

Salinan pengaduan boleh dibeli pada kadar yang ditetapkan sejurus pengaduan dibuat atau tidak lewat daripada tiga (3) hari dari tarikh pengaduan. Bagi dokumen-dokumen lain siasatan seperti gambar, rajah kasar dan salinan rakaman percakapan, pembekalannya bergantung kepada status siasatan dan bantuan logistik. Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada daerah polis di mana siasatan kes itu dijalankan.